please click on this image to go to the new page of outhinkerz

All bout Businessman....


salam n smile...

Business..majoriti dalam kalangan anda memang dah tau bahawa perniagaaan ataupun bisnes menyumbang kan 9/10 rezeki di dunia ini selari dengan hadith Rasulullah S.A.W. “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Jadi..adakah makan gaji lebih baik dari berniaga?? fikir2kan la...

ok..
Untuk berjaya dalam perniagaan, seorang businessman perlulah bermula dari bawah hingga ke atas. Hal yang demikian kerana jika kita bermula dari bawah, kita akan dapat banyak pengalaman yg mendidik kita menjadi lebih matang dalam bidang perniagaan dan juga sosial. Adakah 'statement' ini betul? ya..memang betul kerana pengalaman bagi seorang businessman adalah guru yang paling baik dan 'efficient', dan pengalaman dalam perniagaan hanya boleh diperoleh dengan menceburkan diri dalam urusan jual beli dan pemasaran,

Both urusan jual beli dan pemasaran memerlukan kita berkomunikasi, dan komunikasi yang baik akan dapat membuahkan hasil yang baik dan bagus dalam perniagaan. Seseorang ushawan perlu menguasai teknik komunikasi yang betul dan berkesan, perlu memahami psikologi dan juga keperluan pasaran serta potensi produk.

Salah satu cara untuk meningkat kan potensi dalam berkomunikasi adalah dengan menyertai seminar2 atau pun kursus2 yang diadakan oleh syarikat2 perniagaan di luar sana. Dalam seminar perniagaan, speaker2 yang terlibat adalah dari golongan yang memang amat berpengalaman luas dalam bidang perniagaan. tak kan la dyorang nak bg org yang cikai2 bg talk.
Dalam seminar perniagaan, speaker akan menerangkan potensi pasaran berkaitan produk yang dipasarkan dan juga cara yang betul untuk memikat hati pelanggan. Sesetengah seminar ada yang akan membuat 'Demo' cara memperkenal kan produk kepada 'customer' dimana secara tidak langsung dapat mendedah kan kepada kita cara interaksi yg betul dan juga komen jenis apa yang akan diberikan kepada kita sebagai usahawan. Dengan cara ini, kita dapat membina kematangan dalam diri sebelum bersedia memulakan perniagaan sendiri.

Seseorang yang ingin berniaga tidak boleh belajar dari teori sahaja sebalik nya perlu lah ad amali nya. Sebab tu la ramai peniaga yang gagal di tengah jalan, ibarat "mengayuh perahu, perahu x sampai, sauh dilabuhkan"
Ramai peniaga yang hanya berpegangkan teori terus menceburkan diri dalam perniagaaan masing2 dan akibat tiada pengalaman dalam berkomunikasi, produk yang cuba dipasarkan tidak mendapat sambutan seterusnya perniagaan mendapat kerugian dari produk yang tidak mendapat sambutan dan mengakibat kan kegagalan yang memang tidak disukai oleh golongan yang berfikiran kurang positif. And as the consequence, mereka sudah tidak percaya dengan potensi perniagaan yang merupakan 9/10 rezeki.

Perkara biasa dalam perniagaan ada untung ada rugi. sama lah seperti adat permainan, ada menang ada kalah. Sudah diketahui tidak ada jaminan yang seseorang usahawan akan mendapat untung setiap masa. Tanyalah mana2 usahawan mereka juga pernah rugi, tapi semua itu bergantung kepada tahap usaha dan keyakinan mereka sendiri dalam usaha memasarkan produk. Semua kegagalan dan kepayahan perlu dilalui oleh seorang usahawan kerana perkara ini lah yang akan membuatkan seseorang itu metang dalam perniagaan.

Yang penting adalah pengalaman dan pendedahan.



mulakan sekarang!! jadilah seorang businessman yang berjaya..

salam slipor untuk semua. Berfikiran positif OuthinkerZ